Sejak Januari Turki Telah Neutralkan 1.144 Pengganas

Menteri Dalam Negeri Turki, Süleyman Soylu, membuat kenyataan mengenai perjuangan menentang keganasan.

1309648
Sejak Januari Turki Telah Neutralkan 1.144 Pengganas

 

Di daerah Rasulayn di Syria, di sebuah bangunan yang telah dijadikan kilang senjata oleh organisasi pengganas pemisah PKK/YPG, sebilangan besar peluru telah dirampas.

Operasi pemeriksaan dan pencarian di Rasulayn, yang telah dibersihkan dari keganasan, masih berterusan.

Sejumlah besar amunisi milik pengganas telah dirampas semasa aktiviti pencarian dan pemeriksaan.

"Para komando kami yang meneruskan aktiviti carian dan pemeriksaan mereka di Rasulayn, telah merampas sejumlah 683 peluncur roket dan 93 unit peledak buatan tangan di sebuah bangunan bertingkat yang telah dijadikan kilang senjata oleh organisasi pengganas PKK / YPG." Kata Kementrian Pertahanan Nasional Turki.

Di sisi lain, Menteri Dalam Negeri Turki, Süleyman Soylu, membuat kenyataan mengenai perjuangan menentang keganasan.

Menteri Süleyman Soylu mengumumkan bahawa tahun ini sejumlah 363 pengganas yang lokasinya dikenal pasti oleh drone telah dineutralkan, tahun ini bilangan keseluruhan pengganas yang telah dineutralkan adalah 1.144.

Menteri Soylu melaporkan bahawa antara tahun 2016-2019, sejumlah 1.058 pengganas ahli Daesh telah dineutralkan dalam operasi-operasi yang dianjurkan di dalam negara.

Menteri Soylu juga menyatakan bahawa dalam tempoh 10 bulan tahun ini, 289 pengganas menyerahkan diri dengan cara dibujuk.

 



Berita Terkait