Operasi Cakar-3 di Utara Iraq, Turki Neutralkan 15 Pengganas PKK

Kementerian Pertahanan Nasional Turki (MSB), membuat maklumat menerusi akaun Twitter.

1309305
Operasi Cakar-3 di Utara Iraq, Turki Neutralkan 15 Pengganas PKK

 

Di wilayah Haftanin, di utara Iraq, 5 pengganas ahli organisasi pengganas pemisah PKK telah dineutralkan semalam dalam skop Operasi Cakar-3.

Kementerian Pertahanan Nasional Turki (MSB), membuat maklumat menerusi akaun Twitter.

‘’Di utara Iraq, dalam skop Operasi Cakar-3, dalam operasi yang dianjurkan di wilayah Haftanin, 5 orang pengganas ahli PKK yang dikesan sedang bersedia melakukan aksi keganasan telah dineutralkan oleh Kenderaan Udara tanpa Pemandu Bersenjata. Operasi kami akan berterusan tanpa jeda.’’ Kata Kementrian.

Sebaliknya, 10 pengganas, ahli organisasi pengganas pemisah PKK, telah dineutralkan dalam operasi yang disokong oleh udara di wilayah yang sama hari ini.

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Kementrian Pertahanan Nasional Turki, dalam operasi yang dijalankan dalam skop Operasi Cakar-3 yang berterusan di utara Iraq, 10 pengganas ahli organisasi pengganas pemisah PKK yang dikenal pasti sebagai bersedia untuk menganjurkan tindakan, telah dineutralisasi beserta peluru-peluru senjata berat dan bahan api.

 



Berita Terkait