Presiden Erdoğan telah Meninggalkan AS

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, telah bertolak kembali ke Turki

Presiden Erdoğan telah Meninggalkan AS

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, yang telah melengkapkan pertemuan-pertemuannya di Amerika Syarikat (AS), telah bertolak kembali ke Turki dengan pesawat khas ''TRK'' pada pukul 05.15 waktu Turki.

Dari Pangkalan Udara Andrews, Presiden Erdoğan dilepas oleh Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu, Duta Besar Turki ke Washington Serdar Kılıç, Perwakilan Tetap Turki ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Feridun Sinirlioğlu, Ketua Pengarah Protokol AS Cam Henderson dan pihak lain yang berkepentingan.

Presiden Erdoğan, isterinya Emine Erdoğan, Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak, Menteri Pertahanan Nasional Hulusi Akar, Menteri Perdagangan Ruhsar Pekcan, Naib Ketua Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Parti) Mahir Ünal, Jurubicara Parti AK Ömer Celik, Direktur Komunikasi Fahrettin Altun dan Jurucakap Presiden Ibrahim Kalın telah meninggalkan Washington.

 



Berita Terkait