Terbang Selama Lebih Daripada Satu Hari, UAV Turki ANKA Pecahkan Rekod Baru

Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Nasional Turki, ANKA, telah melakukan penerbangan selama lebih daripada satu hari.

1302198
Terbang Selama Lebih Daripada Satu Hari, UAV Turki ANKA Pecahkan Rekod Baru

 

Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Nasional Turki, ANKA, telah melakukan penerbangan selama lebih daripada satu hari.

Syarikat Industri Penerbangan dan Aeroangkasa Turki (TUSAŞ), dalam satu kenyataan melaporkan bahawa ANKA telah memecahkan rekod baru dengan melakukan penerbangan selama 26 jam 30 minit.

Pada parameter prestasi utama ANKA, mencatat tempoh ia bertahan di udara ialah 24 jam.

UAV Nasional Turki ANKA, telah memenuhi tugas-tugas perisikan imej masa sebenar untuk penjelajahan, pengawasan, pengesanan sasaran tetap / bergerak, diagnosis, pengenalan dan penjejakan siang dan malam, termasuk dalam cuaca buruk.


Tags: #rekod , #ANKA , #turki , #UAV

Berita Terkait