Turki Tahan Semua Ahli Keluarga Termasuk Isteri Pemimpin Daesh Baghdadi

Menerusi akaun Twitter, Fahrettin Altun membuat kenyataan dalam bahasa Inggeris mengenai penangkapan isteri pemimpin Daesh al-Baghdadi.

Turki Tahan Semua Ahli Keluarga Termasuk Isteri Pemimpin Daesh Baghdadi

 

Direktur Komunikasi Turki, Fahrettin Altun, mengumumkan bahawa semua anggota keluarga daripada pemimpin organisasi pengganas Daesh yang telah dibunuh, Abu Bakr al-Baghdadi, termasuk isterinya telah ditahan.

Menerusi akaun Twitter, Fahrettin Altun membuat kenyataan dalam bahasa Inggeris mengenai penangkapan isteri pemimpin Daesh al-Baghdadi.

‘’Turki telah menahan semua ahli keluarga pemimpin Daesh, Baghdadi, termasuk isterinya. Mereka yang meragukan keazaman kami untuk memberantas organisasi-organisasi pengganas, perlu mempertimbangkan sekali lagi kejayaan Turki dalam menangkap para pengganas ahli organisasi-organisasi pengganas Daesh, PKK, YPG atau yang lainnya.’’ Katanya.

 



Berita Terkait