Turki: "Kini Tiba Masa untuk Memusnahkan Semua Pimpinan Pengganas"

Fahrettin Altun membuat kenyataan menerusi akaun Twitter.

1295621
Turki: "Kini Tiba Masa untuk Memusnahkan Semua Pimpinan Pengganas"

 

Direktur Komunikasi Turki, Fahrettin Altun, menegaskan bahawa Turki bersama sahabat-sahabatnya dan sekutu-sekutunya akan terus berjuang memerangi keganasan.

Fahrettin Altun membuat kenyataan menerusi akaun Twitter.

"Kami terus bekerjasama dengan sahabat-sahabat kami dan sekutu-sekutu kami memerangi segala jenis keganasan serta yang menyokongnya. Kini tiba masa untuk kita memberantas semua pimpinan pengganas yang tersisa." Katanya.

Selain itu, menerusi akaun Twitter, Fahrettin Altun juga mengevaluasi mengenai perjuangan menghadapi organisasi pengganas Daesh.

"Kami akan terus menangkap seluruh pengganas ahli Daesh, termasuk para tahanan yang telah dibebaskan oleh organisasi pengganas YPG/PKK dalam minggu-minggu terakhir ini, dan menyeret mereka ke pengadilan. Kami akan bekerjasama dengan negara-negara lain bagi memastikan penghantaran balik para pengganas asing yang bergabung dengan Daesh ke negara mereka sendiri." Katanya

 



Berita Terkait