Erdoğan: ''Kami Bersetuju dengan AS bukan dengan Organisasi Pengganas''

Bercakap pada majlis yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Istanbul Rize, Presiden Erdoğan mengumumkan neraca Operasi Peace Spring.

1291567
Erdoğan: ''Kami Bersetuju dengan AS bukan dengan Organisasi Pengganas''

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, berkata bahawa dengan Operasi Peace Spring yang dilancarkan di utara Syria, dalam 9 hari kawasan seluas 1.500 kilometer telah diselamatkan dari penganiayaan organisasi pengganas.

Bercakap pada majlis yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Istanbul Rize, Presiden Erdoğan mengumumkan neraca Operasi Peace Spring.

''Hanya dalam masa 9 hari, kami telah meneutralkan 765 pengganas dan menyelamatkan kawasan seluas 1.500 kilometer persegi daripada penganiayaan organisasi pengganas. Kami telah mengendalikan sejumlah 111 unit penempatan termasuk Rasulayn dan Tell Abyad. Kami mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan, terutamanya makanan, kesihatan dan keselamatan, untuk memastikan saudara-saudara kita yang tinggal di rantau ini tidak mengalami sebarang masalah. Bulan Sabit Merah kami (Türk Kızılayı), AFAD (Direktorat Pengurusan Bencana dan Kecemasan), Kementerian Kesihatan serta organisasi-organisasi bukan kerajaan telah memulakan operasi penghantaran bantuan. " Kata Erdoğan.

Presiden Erdoğan juga menyinggung perjanjian antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) yang dibuat pada 17 Oktober dan perjanjian penyingkiran organisasi pengganas PKK / YPG dari zon selamat dalam tempoh 120 jam.

''Jika ini dipatuhi, tidak masalah. Jika tidak dipatuhi, kami akan meneruskan Operasi Peace Spring segera apabila 120 jam telah berakhir.'' Katanya.

Presiden Erdoğan menggariskan bahawa perjanjian itu dibuat dengan Amerika Syarikat (AS),

"Hati-hati, kami tidak bersetuju dengan organisasi pengganas, kami bersetuju dengan AS. Seseorang membuat pengeliruan di sini, tidak ada yang seperti itu.'' Katanya.

''Selain itu, operasi ini telah menghancurkan senario imperialis terhadap wilayah kita. Dengan demikian, negara kita telah mengambil langkah penting untuk menjamin keamanannya sendiri dan integriti wilayah Syria. " Tambah Erdoğan.

 



Berita Terkait