Tentera Turki Terbunuh akibat Tembakan Pengganas Iran

Di daerah Çaldıran di bandar Van-Turki, seorang tentera terbunuh dan 2 tentera cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh para pengganas Iran.

1290230
Tentera Turki Terbunuh akibat Tembakan Pengganas Iran

 

Di daerah Çaldıran di bandar Van-Turki, seorang tentera terbunuh dan 2 tentera cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh para pengganas Iran.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Gabenor, petang semalam pada pukul 22.00-22.15 para tentera yang sedang meronda di wilayah Balai Polis Soğuksu dan Balai Polis Uzunyol Hudut di daerah itu ditembaki dari sempadan Iran.

Kenyataan itu berkata bahawa para tentera segera bertindak balas terhadap penembakan tersebut, dan dalam pertempuran itu satu tentera terbunuh dan dua tentera lainnya cedera.

Kenyataan itu juga melaporkan bahawa para tentera yang cedera telah dihantar ke Hospital Penyelidikan Universiti Yüzüncü Yıl Van dengan helikopter dan mereka berada dalam keadaan baik.

 



Berita Terkait