Turki Beri Amaran ke Negara-Negara Eropah Terkait Pengganas PKK

Kementrian Luar Turki menegaskan bahawa bersamaan dengan dilancarkannya Operasi Peace Spring oleh Angkatan Tentera Turki pada 9 Oktober di timur Sungai Euphrates, aksi dan demonstrasi unsur-unsur PKK yang mengandung keganasan masih berterusan

1288879
Turki Beri Amaran ke Negara-Negara Eropah Terkait Pengganas PKK

 

Turki memberi amaran ke negara-negara Eropah mengenai tindakan ganas organisasi pengganas pemisah PKK.

Dalam satu kenyataan mengenai isu tersebut, Kementrian Luar Turki menegaskan bahawa bersamaan dengan dilancarkannya Operasi Peace Spring oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) pada 9 Oktober di timur Sungai Euphrates, aksi dan demonstrasi unsur-unsur organisasi pengganas pemisah PKK yang mengandung keganasan masih berterusan walaupun semua amaran kepada pihak berkuasa di Eropah.

''Tiada penjelasan untuk tidak peka terhadap serangan-serangan pengganas yang dianjurkan ke atas tempat kerja, masjid-masjid, perwakilan dan pekerja perwakilan masyarakat Turki. Kami mengingatkan harapan kami dari negara-negara berkaitan untuk melindungi keselamatan perwakilan diplomatik dan konsular kami, warganegara serta kakitangan kami, meningkatkan langkah-langkah yang diambil agar tidak menjejaskan kepentingan Turki dan untuk menunjukkan kepekaan maksimum dalam hal ini. Kami akan menjadi pemantau yang mana penyerang harus dikenal pasti dan dibawa ke pengadilan dan kemudian dihukum.'' Kata kementrian dalam kenyataan itu.

 

 

 

 



Berita Terkait