Operasi Peace Spring, Dua Tentera Gugur dan 342 Pengganas telah Dineutralkan

Menteri Pertahanan Nasional Turki, Hulusi Akar, mengevaluasi operasi yang memasuki hari ketiga di Kementrian.

1286491
Operasi Peace Spring, Dua Tentera Gugur dan 342 Pengganas telah Dineutralkan
hulusi akar baris pinari1.jpg

 

Dalam Operasi Peace Spring, yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) di timur Sungai Euphrates di Syria bagi memastikan keamanan dan kedamaian di negara dan rantau ini, datang satu lagi khabar menyedihkan.

Seorang tentera Turki gugur berhampiran daerah Azez di bandar Aleppo, Syria, yang telah dibebaskan oleh Operasi Euphrates Shield.

Sebuah serangan mortar telah dianjurkan ke pangkalan TSK di rantau itu dari Tel Rifat, yang dikawal oleh organisasi pengganas pemisah PKK/PYD. Lima tentera cedera dan para tentera terbabit dibawa ke hospital di Kilis dengan ambulans.

Walaupun semua campurtangan yang dibuat di sini, seorang tentera meninggal dunia, dengan demikian bilangan tentera yang gugur semasa Operasi Peace Spring meningkat kepada 2.

Bilangan pengganas yang telah dineutralkan dalam operasi ini meningkat kepada 342.

Menteri Pertahanan Nasional Turki, Hulusi Akar, mengevaluasi operasi yang memasuki hari ketiga di Kementrian.

Menteri Akar menegaskan bahawa Operasi Peace Spring terus berlanjut seperti yang dirancang.

‘’Setakat ini 342 pengganas telah dineutralkan’’ Katanya.

''InsyaAllah kami akan menamatkan aktiviti yang kita mulakan ini'' Kata Menteri Pertahanan Turki sambil menggariskan bahawa para pengganas ahli Daesh yang ditahan di kawasan operasi tidak akan dibebaskan.

Menteri Akar berkata semua langkah berjaga-jaga telah diambil di medan operasi.

''Matlamat kami adalah untuk menamatkan kewujudan para pengganas di timur Euphrates, terutama Daesh, PKK / PYD-YPG, dan untuk mewujudkan koridor keamanan di sini dan untuk memastikan saudara-saudara kita warga Syria yang berada di negara kita kembali ke tanah air dan rumah mereka. " Katanya.

Turki adalah satu-satunya negara NATO dan gabungan yang berjuang menentang Daesh, Kata Menteri Akar,  ''Para pahlawan Angkatan Tentera Turki, telah meneutralkan lebih daripada 3 ribu pengganas Daesh dengan Operasi Euphrates Shield. Kami bukan hanya mementingkan keselamatan negara kami dan rakyat kami, pada masa yang sama kami juga sangat mementingkan keselamatan kumpulan agama dan etnik lainnya seperti orang-orang Kurdi, Arab, Asyur, Kristian dan Yezidis dan Kasdim yang tinggal di rantau itu.'' Katanya.

 



Berita Terkait