Operasi Peace Spring

Matlamat ketenangan
sasaran pengganas

Presiden Serbia Menggesa Ahli-Ahli Perniagaan Turki dan Serbia untuk Melabur

Sebagai sebahagian daripada lawatan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Serbia Vucic bercakap pada Forum Perniagaan Turki-Serbia yang dianjurkan di Istana Serbia.

Presiden Serbia Menggesa Ahli-Ahli Perniagaan Turki dan Serbia untuk Melabur

 

''Gunakan peluang yang ada dan lihat bagaimana anda boleh melabur ke Turki dan bagaimana anda boleh menarik lebih banyak pelaburan dari Turki.'' Kata Presiden Serbia, Aleksandar Vucic, kepada para ahli perniagaan Serbia.

Sebagai sebahagian daripada lawatan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Serbia Vucic bercakap pada Forum Perniagaan Turki-Serbia yang dianjurkan di Istana Serbia.

Presiden Vucic menggariskan bahawa diantara negara-negara Balkan, Serbia adalah negara yang mempunyai hubungan perdagangan paling baik dengan Turki, dia menggesa ahli-ahli perniagaan Turki untuk melabur lebih banyak ke Serbia.

Vucic menyatakan bahawa pendapatan per kapita sebesar 2 ribu 500 dolar pada tempoh Presiden Erdoğan berkuasa di Turki, hari ini naik sehingga 11 ribu dolar.

''Tunjukkan kepada saya, pemimpin negara Eropah atau negara lain di dunia yang berjaya dalam hal ini.'' Katanya.

Vucic berkata, Turki menjadi semakin kuat setiap masa dalam menghadapi tekanan luar yang berbeza,

"Rakyat Turki adalah orang-orang yang sangat rajin. Sedangkan Presiden Erdoğan komited untuk pembangunan negaranya." Katanya.

Beliau juga memberi nasihat kepada ahli-ahli perniagaan Serbia.

''Gunakan peluang yang ada dan lihat bagaimana anda boleh melabur ke Turki dan bagaimana anda boleh menarik lebih banyak pelaburan dari Turki.'' Katanya.

Presiden Serbia Vucic menggesa pelabur Turki terutamanya untuk melabur pada spa Serbia.

Vucic menekankan bahawa Presiden Erdoğan telah membawa perubahan besar ke rantau ini dan mengatakan bahawa Presiden Erdoğan telah memberikan sumbangan besar kepada pelaburan infrastruktur, terutama yang akan dibuat di Serbia.

 



Berita Terkait