Operasi Peace Spring

Matlamat ketenangan
sasaran pengganas

Resipi Masakan Turki (Zeytinyağlı Yaprak Sarma)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Zeytinyağlı Yaprak Sarma)

 

Hari ini, kami akan berkongsi dengan anda resipi "Zeytinyağlı Yaprak Sarma" atau daun anggur gulung berisi beras. Masakan yang dibuat dari beras dan bawang berperisa dengan rempah-rempah dan kemudian dibungkus dengan daun anggur ini, boleh anda temukan hampir di setiap negara di Timur Tengah dan Mediterranean Timur. Walaupun setiap negara mempunyai sedikit perbezaan mengikut selera rasa mereka, walaupun namanya juga berbeza, namun pada dasarnya adalah makanan yang sama. Di Turki, ‘’Zeytinyağlı Yaprak Sarma’’ biasanya dimakan sebagai pembuka atau makanan pelengkap. Anda boleh menjumpainya semasa meminum teh dan bahkan semasa sarapan pagi. Kerana ia dimasak tanpa menggunakan sebarang daging, makanan ini ia juga sesuai untuk dimakan oleh vegan dan vegetarian.

Sekarang jika anda sudah bersedia mari kita lihat resipinya…

 

Pertama mari kita sediakan dahulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Zeytinyağlı Yaprak Sarma...

 

300 gram daun anggur

1 buah lemon

4 sudu minyak zaitun

1 cawan air panas

 

Untuk membuat inti:

 

1/2 cawan minyak zaitun

3 bawang kecil yang dicincang

1,5 cawan beras

1 cawan air panas

1 sudu pinon

1 sudu besar kismis

1 sudu teh garam

   1 sudu teh lada hitam

   1 sudu teh pudina

   1 sudu allspice

   1/2 sudu teh kayu manis

 

 

Kini tiba masanya untuk menyiapkan masakan kita. Pertama, rendam daun anggur selama 5 minit dalam wadah yang penuh dengan air panas. Keluarkan daun dari air, bilas dengan air sejuk dan tapiskan air yang berlebihan.

Sementara itu, untuk menyediakan bahan inti; Ambil 1/2 cawan minyak zaitun tuangkan ke dalam periuk dan tumis bawang dan kacang pinon. Basuh beras sehingga kanji dikeluarkan. Setelah bawang masak, tambah beras dan teruskan menumis. Kemudian tambah kismis, pudina, garam dan lada dan kacau dengan baik. Tambah segelas air panas dan masak nasi sehingga setengah matang. Tunggu sehingga nasi yang dimasak hangat. Kemudian tambah kayu manis dan allspice, kacau dan biarkan hangat.

Kini tiba masa untuk mengisi daun; Ambil satu daun, letakkan di permukaan yang rata, biarkan bahagian yang berurat dibahagian atas. Potong tangkai daun dengan pisau yang tajam agar daun tidak rosak. Letakkan satu sudu kecil bahan inti di tengah-tengah daun. Lipat kedua bahagian pinggir daun, biarkan inti tertutup kemudian gulung dalam bentuk roll. Lakukan perkara yang sama sehingga daun habis. Letakkan beberapa daun anggur di dasar periuk. Susun daun anggur gulung di dalam periuk bersebelahan. Tambahkan hirisan lemon di atasnya. Agar daun-daun tidak terbuka semasa memasak; Tutup dengan pinggan. Masukkan 1.5 cawan air panas dan 2 sudu minyak zaitun ke dalam periuk dan masak selama 35 minit dengan api yang rendah. Sajikan dalam keadaan panas atau sejuk, sesuai seleran anda. Selamat menikmati.

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Zeytinyağlı Yaprak Sarma, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.



Berita Terkait