Resipi Masakan Turki (Düğün Çorbası)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Düğün Çorbası)

 

Seorang penulis berkata bahawa ''jika ada sup di rumah, bererti semuanya baik-baik sahaja''. Sup atau dalam bahasa Turki ''Çorba'', adalah sebuah masakan yang menyembuhkan penyakit dan mudah untuk disediakan. Sejarahnya bermula pada masa yang sangat lama. Dalam teks cuneiform Hittite, diketahui Çorba atau sup yang dimasak oleh orang-orang adalah; gandum, bawang, kacang polong, chickpea, lentil dicampur dengan daging dan dimakan dalam bentuk sup. Sedangkan di Yunani Kono, sup dibuat dari kacang polong dan kacang tunggak. Sup sentiasa mempunyai tempat yang istimewa pada masa Empayar Uthmaniyyah. Baik di dapur istana maupun di dapur rakyat, sup di makan setidaknya satu kali setiap hari dan pelbagai bahan digunakan untuk menyediakan sup. Almond, kacang parang, chestnut, oren dan apricot adalah hanya beberapa daripada bahan-bahannya. Kebanyakan sup yang dibuat dengan bahan-bahan ini tidak lagi ada dalam masakan Turki. Tetapi terdapat sup yang warisan dari dapur Uthmaniyyah, yang masih menjadi mahkota masakan Turki saat ini. Sup ini dibuat dengan daging kambing dan dibuat pada majlis-majlis khas, terutama untuk majlis perkahwinan; namanya adalah Düğün Çorbası atau boleh diertikan sebaga, sup perkahwinan. Seperti yang anda boleh tebak, kami akan berkongsi resipi Düğün Çorbası dengan anda hari ini.

 

Sebelum membuat Düğün Çorbası mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan;


500 gr. daging kambing

6 cawan air - untuk merebus daging

3 sudu mentega

2 sudu makan tepung

garam

3 cawan kaldu daging

 

3 cawan air

garam

lada hitam

4 sudu yogurt

Air perasan daripada ½ lemon

1 kuning telur

1 sudu mentega

chili merah bubuk

 

Sudah waktunya untuk menyiapkan Düğün Çorbası. Pertama, letakkan daging dalam periuk dan 6 cawan air dan biarkan mendidih. Apabila air mendidih, kecilkan api dan masak dengan tudung tertutup dengan api sedang. Apabila daging telah masak, tapiskan, simpan air rebusan daging dalam mangkuk lain. Biarkan daging sejuk, kemudian pisahkan dari tulangnya dan cincang menjadi kepingan kecil.

Tumis mentega dan tepung dalam periuk. Tambahkan 3 cawan air rebusan daging dan 3 cawan air secara perlahan kemudian kacaw merata, tambahkan daging.

Dalam mangkuk, campurkan yoghurt, kuning telur dan jus lemon. Tambah 1 sudu air dari sup kacau merata, kemudian tambahkan ke sup sambik dikacau berterusan, tambahkan garam dan biarkan mendidih.

Cairkan 1 sudu mentega dalam kuali tambahkan chili merah bubuk dan tuangkan ke atas sup. Selamat menikmati...

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Düğün Çorbası, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 



Berita Terkait