Operasi Peace Spring

Matlamat ketenangan
sasaran pengganas

China Railway Group Limited: ''Terdapat Potensi Besar pada Pasaran Turki''

Salah sebuah syarikat pembinaan dan kereta api terbesar di dunia, berkata bahawa terdapat potensi yang besar pada pasaran Turki.

China Railway Group Limited: ''Terdapat Potensi Besar pada Pasaran Turki''

 

Yamin Bu, pengurus jabatan pemasaran China Railway Group Limited (CREC), salah sebuah syarikat pembinaan dan kereta api terbesar di dunia, berkata bahawa terdapat potensi yang besar pada pasaran Turki.

Membuat kenyataan kepada Anadolu Agency (AA), Yamin Bu mengevaluasi kemungkinan kerjasama mereka dengan Turki.

Landasan kereta api, jalur bawah tanah dan jalur kereta api berkelajuan tinggi Turki mempunyai keinginan besar untuk membangun, kata Yamin Bu.

‘’Kami adalah kumpulan pembinaan terbesar di dunia dan kami mempunyai banyak pengalaman dalam pembinaan kereta api berkelajuan tinggi. Banyak jalur kereta api berkelajuan tinggi telah dibina oleh syarikat kami dan kami bertanggungjawab untuk dua pertiga daripada kereta api di China.’’ Katanya.

Yamin Bu, menunjukkan bahawa mereka menganggap pasaran Turki sebagai peluang yang baik.

‘’Kita melihat bahawa terdapat potensi yang sangat besar pada pasaran Turki. Kami juga tahu bahawa terdapat permintaan yang besar untuk pembangunan kereta api di sini. Itulah sebabnya kami fikir ia adalah peluang yang baik untuk berada di sini. Kami mengalu-alukan semua peluang dan perkongsian dalam kerajaan dan perniagaan.’’ Tambahnya.



Berita Terkait