Operasi Peace Spring

Matlamat ketenangan
sasaran pengganas

Kemuncak Tiga Pihak Turki, Iran dan Rusia di Ankara

Melalui kemuncak ini, Erdoğan, Putin dan Rouhani dijangka akan melakukan pertemuan-pertemuan empat mata bagi membahas hubungan-hubungan dua hala, perkembangan terkini serantau dan antarabangsa.

Kemuncak Tiga Pihak Turki, Iran dan Rusia di Ankara

 

‘’Kemuncak Tiga Pihak Turki-Rusia-Iran’’, yang akan dihoskan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan dengan penyertaan Presiden Iran, Hassan Rouhani, dan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan diselenggarakan hari ini 16 September di ibu negara Ankara.

Dalam satu kenyataan mengenai Kemuncak Tiga Pihak Ke-5 dalam format Astana, Direktorat Komunikasi Kepresidenan melaporkan bahawa "Ia bertujuan untuk menilai perkembangan di Syria, terutamanya di Idlib, untuk menamatkan persekitaran konflik, untuk menyediakan syarat-syarat yang diperlukan bagi kembalinya pelarian dengan sukarela dan untuk mewujudkan penyelesaian politik yang kekal untuk merujuk langkah bersama yang akan diambil pada masa akan datang."

Melalui kemuncak ini, Erdoğan, Putin dan Rouhani dijangka akan melakukan pertemuan-pertemuan empat mata bagi membahas hubungan-hubungan dua hala, perkembangan terkini serantau dan antarabangsa.

 



Berita Terkait