Resipi Masakan Turki (Çoban Kavurma)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Çoban Kavurma)

 

Kali ini kami akan berkongsi kepada anda resipi sebuah hidangan daging, yang di setiap rantau disediakan dengan nuansa dan bahan-bahan yang berbeza. Nama masakan kita adalah Çoban Kavurma… atau dalam Bahasa Melayu boleh kita ertikan sebagai ‘’Masakan daging ala penggembala’’. Ia sangat mudah dibuat namun sangat lazat.  Menurut khabar angin, nama masakan ini diberikan kerana para penggembala yang sedang jauh dari kampungnya dengan mudah boleh memasak masakan ini. Jika anda bersedia mari kita mulakan dengan mengira bahan-bahannya….

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Çoban Kavurma adalah...

1 sudu mentega

1 sudu minyak masak

750 gr. daging domba dipotong kotak kecil

15 - 20 bawang merah

4 - 5 ulas bawang putih

4 - 5 cili hijau

garam

lada hitam

cili merah bubuk

3 tomato

1 cawan air kaldu daging

Thyme kering

air perasan dari 1 bawang

30 ml cuka sari apel

 

 

Cara membuatnya, letakkan daging dalam mangkuk, tambah jus bawang, cuka sari apel, garam dan lada, campurkan dan biarkan selama 20 minit dalam peti ais. Sementara itu, ambil minyak masak dan mentega ke dalam kuali dan panaskan. Keluarkan daging dari air bumbu rendaman dan tapiskan, kemudian tumis dalam minyak selama 15 minit. Kemudian tambah bawang merah dan bawang putih, tumis lagi selama 5 minit. Masukkan cili yang telah dicincang kasar, tumis selama 5 minit lagi. Tambahkan tomato yang dipotong menjadi kiub dan kacau sehingga merata. Masukkan air kaldu dan rempah lain kecuali thyme dan kecilkan api. Tutup kuali dan masak daging selama kira-kira 40 minit sehingga lembut. Taburkan thyme kering sebelum api dimatikan. Hidangkan selagi panas. Selamat makan ...

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Çoban Kavurma, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 



Berita Terkait