Rejim Asad Tembaki Titik Pemerhatian Turki di Syria

Pada 19 Ogos, tiga orang awam terbunuh dan 12 warga awam cedera akibat serangan udara yang dianjurkan rejim Assad ke atas konvoi ketenteraan Turki, yang sedang berpindah ke Titik Pemerhatian No. 9

Rejim Asad Tembaki Titik Pemerhatian Turki di Syria

 

Rejim Bashar al-Assad di Syria, menembaki titik pemerhatian nombor 8 milik Angkatan Tentera Turki (TSK).

Pesawat-pesawat tempur rejim itu dengan senjata berat melepaskan tembakan ke berhampiran titik pemerhatian nombor 8 yang berada di daerah Maaretinuman di tenggara Idlib.

Tiada kerosakan yang disebabkan oleh penembakan itu.

Titik nombor 8 di rantau Sirman, terletak di utara daerah Khan Shaykhun, yang dikepung rejim semalam.

Rejim itu telah bergerak maju di selatan Idlib selama 10 hari terakhir dengan bantuan kumpulan-kumpulan pengganas asing yang disokong Rusia dan Iran.

Sejak perjanjian yang telah ditandatangani pada 17 September 2018, kira-kira 1 juta orang awam berhijrah dari wilayah tersebut ke garis sempadan Syria-Turki.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa jika serangan itu menyebar ke daerah Maaretinuman dan Serakib, jumlah orang yang terlantar boleh mencapai 1.5 juta.

Pada 19 Ogos, tiga orang awam terbunuh dan 12 warga awam cedera akibat serangan udara yang dianjurkan rejim Assad ke atas konvoi ketenteraan Turki, yang sedang berpindah ke Titik Pemerhatian No. 9 yang terletak di Morik, sebelah selatan Titik Pemerhatian No.8.

 



Berita Terkait