Parti Pembangkang Utama Pakistan Sampaikan Terima Kasih Ke Erdoğan dan Xi Jinping

Ketua parti pembangkang utama di Pakistan, Shehbaz Sharif, mengucapkan terima kasih kepada Erdoğan dan Xi Jinping kerana telah berpihak kepada Pakistan mengenai isu "Kashmir

Parti Pembangkang Utama Pakistan Sampaikan Terima Kasih Ke Erdoğan dan Xi Jinping

 

Ketua parti pembangkang utama di Pakistan, Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N), Shehbaz Sharif, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden China Xi Jinping kerana telah berpihak kepada Pakistan mengenai isu "Kashmir".

Menerusi akaun Twitter, Shehbaz Sharif berkata:

"Atas nama Republik Islam Pakistan dan Pakistan Muslim League-Nawaz, saya berterima kasih kepada Turki atas sokongan yang kuat dan tegas ke Pakistan."

Sharif berkata bahawa keadaan ini merupakan tanda persahabatan dengan Turki yang ikhlas dan terpercaya.

"Saya memberi jaminan kepada anda, parti saya dan saya bertekad akan terus meneruskan ikatan persaudaraan ini." Katanya.

Sharif berkata bahawa dia berdoa untuk kemakmuran dan kejayaan Turki di bawah kepimpinan Presiden Erdoğan yang dinamik dan berwawasan.

Sharif mengumpamakan China dengan Pakistan seperti ''Besi Bersaudara'',  juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden China atas sokongannya ke Pakistan dalam isu Kashmir.

 



Berita Terkait