Turki Edarkan Daging Korban ke 9000 Keluarga di Yaman

Türk Kızılay mula mengedarkan daging korban kepada 9,000 keluarga yang memerlukan di 4 wilayah di Yaman.

Turki Edarkan Daging Korban ke 9000 Keluarga di Yaman

 

Bulan Sabit Merah Turki (Türk Kızılay) mula mengedarkan daging korban kepada 9,000 keluarga yang memerlukan di 4 wilayah di Yaman.

Ketua Delegasi Türk Kızılay di Yaman, Mustafa Aydın, mengatakan bahawa mereka telah mula mengedarkan daging korban kepada kira-kira 9,000 keluarga di Lahic, Ebyen dan Dali di selatan negara itu dan Marib di timur negara itu.

Aydın menyatakan bahawa daging daripada 300 lembu akan dihantar kepada orang-orang yang memerlukan serta para pendatang di empat wilayah berkenaan.

Aydın menyatakan bahawa Türk Kızılay sedang menjalankan kegiatannya di rantau ini dengan bekerjasama dengan Jawatankuasa Bantuan Tinggi Yaman dan Bulan Sabit Merah Yaman, dia berkata bahawa pengedaran daging korban akan berterusan selama dua hari lagi.

Beliau juga berkata bantuan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Turki untuk menangani masalah orang awam dan orang-orang yang memerlukan akibat konflik di Yaman.

Ahmad al-Mansuri, Ketua Pengarah Bulan Sabit Merah Yaman di Aden, memuji bantuan-bantuan kerajaan Turki melalui pelbagai institusi, khususnya Türk Kızılay.

‘’Türk Kızılay telah mengedarkan daging korban di Yaman selama tiga tahun yang lalu bagi membuat wajah-wajah keluarga yang memerlukan dan pencari suaka (yang tidak dapat memotong haiwan korban) tersenyum di Hari Raya Aidil Adha.’’ Katanya.

 



Berita Terkait