Operasi Turki Memberantas Keganasan di Utara Iraq dan Erzincan

Dengan berkoordinat dengan Operasi Pencakaran (Pençe) yang dimulakan pada 27 Mei, operasi udara telah dianjurkan ke wilayah Metina di utara Iraq.

Operasi Turki Memberantas Keganasan di Utara Iraq dan Erzincan

 

Dalam operasi udara yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) ke atas sasaran-sasaran organisasi pengganas separatis PKK di utara Iraq, dua pengganas telah dineutralkan.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Kementrian Pertahanan Nasional Turki, dengan berkoordinat dengan Operasi Pencakaran (Pençe) yang dimulakan pada 27 Mei, operasi udara telah dianjurkan ke wilayah Metina di utara Iraq.

Dalam operasi-operasi itu, dua lagi pengganas ahli organisasi pengganas PKK telah dineutralkan.

Selain itu, Kementrian Dalam Negeri Turki menyatakan bahawa dalam skop operasi keselamatan di dalam negara, seorang pengganas telah dineutralkan dalam operasi yang dianjurkan oleh Komando Gendarmerie Daerah di daerah pedesaan Kemah di Erzincan, Turki.

Operasi-operasi di rantau ini masih berterusan.

 



Berita Terkait