Resipi Masakan Turki (Zeytiyağlı Fasulye)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Zeytiyağlı Fasulye)

 

Dalam masakan Turki, semua masakan yang dimasak dengan minyak zaitun tanpa menggunakan daging dan dikonsumsi selagi dingin (dalam suhu ruangan) dinamakan ‘’Zeytinyağlı Yemek’’ atau masakan yang dimasak tanpa daging. Jadi nama ini bukan menunjukkan dengan minyak apa masakan tersebut dimasak, namun menunjukkan jenis masakan.

Hampir setiap sayuran dan kebanyakan kekacang boleh dimasak sebagai makanan minyak zaitun ‘’zeytinyağlı yemek’’. Hidangan zeytinyağlı, sangat sesuai untuk vegan dan vegetarian, dalam masakan Turki, selain sebagai hidangan utama, ia juga dimakan sebagai hidangan sampingan atau hidangan pembuka.

Hari ini kami akan berkongsi resipi ‘’Zeytinyağlı Fasulye’’ atau ‘’masakan buncis tanpa daging’’….

Jika anda telah bersedia, mari kita lihat apa saya bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara memasaknya…

 

Seperti biasanya, pertama mari kita sediakan bahan-bahannya…

½ kg kacang buncis

2 bawang besar dipotong kecil-kecil

4 tomato parut

½ cawan minyak zaitun

2-3 ulas bawang putih

½ cawan air

gula

garam

 

Kini tiba masa untuk memasak "Zeytinyağlı Fasulye". Pertama, basuh kacang buncis, dengan bantuan pisau potong kedua bahagian ujungnya, potong bahagian tengahnya memanjang sehingga menjadi dua bahagian. Masukkan sebahagian bawang di bahagian bawah kuali dan tambahkan sebahagian kacang buncis. Letakkan tomato parut di atas kacang buncis. Masukkan lagi bawang dan kacang buncis. Dengan cara ini, letakkan semua bahan sehingga habis. Terakhir masukkan bawang putih, gula dan garam. Masukkan ½ cawan air, tutup periuk dan masak 20-30 minit dengan api sedang. Selepas kacang buncis lembut dan masak, matikan api dan hidangkan selepas sejuk. Seperti hampir semua masakan minyak zaitun, Zeytinyağlı Fasulye juga akan menjadi lebih lazat jika dimakan satu hari kemudian. Ingat terus maklumat kecil ini!

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Zeytinyağlı Fasulye, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki yang juga noleh dimakan oleh para vegan dan vegetarian.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.



Berita Terkait