Turki Kutuk Keras Serangan di Somalia

Dalam serangan bom di ibu negara itu, 10 orang terbunuh dan 10 lainnya cedera.

Turki Kutuk Keras Serangan di Somalia

 

Turki mengutuk serangan pengganas yang berlaku di ibu negara Somalia, Mogadishu.

Dalam satu kenyataan bertulis, Kementrian Luar Turki menyatakan bahawa Turki mengutuk keras aksi keganasan di Mogadishu pagi semalam yang telah mengakibatkan ramai orang terbunuh dan cedera.

‘’Kami mengharap rahmat Allah bagi mereka yang kehilangan nyawa, kami mengharap pemulihan segera bagi orang-orang yang cedera dan kami ucapkan takziah kepada sahabat dan saudara kami kerajaan Somalia dan rakyat Somalia.’’ Kata kenyataan itu.

Dalam serangan bom di ibu negara itu, 10 orang terbunuh dan 10 lainnya cedera.

Organisasi pengganas Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

 



Berita Terkait