Sebuah Roket dari Syria Jatuh di Şanlıurfa

Salah satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Syria terkena sebuah bumbung rumah di daerah Ceylanpinar di Şanlıurfa

Sebuah Roket dari Syria Jatuh di Şanlıurfa

 

Salah satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Syria terkena sebuah bumbung rumah di daerah Ceylanpinar di Şanlıurfa dan telah mengakibatkan 6 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak.

Enam orang yang cedera dilarikan ke Hospital Negeri Ceylanpinar dengan ambulans.

''Serangan balasan telah dilakukan dengan senjata berat kami di kawasan sempadan dalam skop mempertahankan diri atas tembakan-tembakan roket, yang dinilai dilancarkan dari Syria, tujuh sasaran telah dimusnahkan di pihak Syria dalam serangan balas dengan senjata-senjata berat.'' Kata Kementerian Pertahanan Nasional Turki, menerusi satu kenyataan.



Berita Terkait