Wakil Khas AS untuk Syria Sedang Berada di Turki Runding Isu Syria

Jeffrey akan bertemu dengan pihak-pihak berkuasa Turki pada 22-23 Julai.

Wakil Khas AS untuk Syria Sedang Berada di Turki Runding Isu Syria

 

Dilaporkan bahawa Wakil Khas Amerika Syarikat untuk Syria, James Jeffrey, sedang berada di Turki dan bersama pihak berkuasa Turki akan membincangkan kebimbangan Turki mengenai keselamatan dan perkembangan terkini di Syria.

Dalam satu kenyataan bertulis dari Kementrian Luar Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa Wakil Khas AS untuk Syria, James Jeffrey, pergi ke Ankara atas jemputan kerajaan Turki.

Jeffrey akan bertemu dengan pihak-pihak berkuasa Turki pada 22-23 Julai.

''Ambassador Jeffrey dan pihak-pihak berkuasa Turki akan membincangkan kebimbangan keselamatan Turki, pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai penyelesaian konflik Syria dan mengalahkan Daesh secara kekal.'' Kata kenyataan itu.

 



Berita Terkait