Resipi Masakan Turki (Imam Bayıldı)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Imam Bayıldı)

 

Tidak diragukan lagi, salah satu sayuran yang paling banyak digunakan dalam masakan Turki adalah terung. Sayuran berwarna ungu yang berasal dari India ini, masuk ke kuliner Turki dan menempati tempat yang utama. Oleh itu, anda boleh menjumpai beratus-ratus risipi masakan terung yang berbeza di Turki. Mulai dari salad hingga kebab, dari pickle hingga yang diisi. Terung adalah bahan utama makanan pembuka dan makanan utama yang boleh dimasak dengan cara di oven, dimasak di kuali atau di dalam periuk, dengan atau tanpa daging, serta boleh dimakan semasa panas maupun sejuk. Seperti yang anda tebak, hari ini kami akan berkongsi resipi masakan yang terbuat dari bahan utama terung. Masakan kita bernama ‘’Imam Bayıldı’’ yang dikonsumsi dalam keadaan sejuk dan dimasak tanpa daging. ''Imam Bayıldı'' adalah sebuah masakan yang lebih disukai terutama di musim panas, ia juga merupakan masakan yang boleh dinikmati oleh vegetarian dan vegan. Namanya juga menarik, dalam bahasa melayu ia boleh diterjemahkan sebagai ''Imam Pengsan''. Juga terdapat banyak khabar angin tentang dari mana asalnya nama itu. Yang paling terkenal diantara mereka adalah bahawa imam yang makan makanan ini sangat menyukainya dan pengsan kerana kelezatannya...

 

Kini tiba masanya kita memasak ‘’Imam Bayıldı’’… Mari kita sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu…

 

4 terung

2 cawan minyak zaitun (untuk menggoreng terung)

2 bawang besar

12 ulas bawang putih

3 keping cili hijau

3 tomato

3 cubit garam

3 cubit lada hitam

1 sudu teh penuh gula

½ ikat peterseli

1 sudu minyak zaitun

 

 

Sekarang adalah masa untuk memasak. Pertama, basuhlah terung dan kupaskan. Gorengkan terung yang telah dikupas dalam minyak zaitun yang telah dipanaskan sehingga seluruh terung lembut. Selepas menggorengnya, letakkan di tuala kertas untuk menyerap minyak yang berlebihan.

Potong bawang dalam bentuk setengah lingkaran dan hiris halus bawang putih dan cili hijau. Masak semuanya bersama 1 sudu minyak zaitun dalam kuali selama beberapa minit sehingga lembut. Tambah tomato yang telah dikupas, dibuang bijinya dan dicincang. Apabila tomato lembut dan masak, tambah garam, lada, gula dan pasli dan matikan api.

Susun terung dalam periuk. Belah tengah terung dengan pisau, bentuk dengan sudu sehingga seperti sampan. Isikan terung-terung dengan tumisan tomato. Tuangkan air tumisan tomato yang tersisa ke kuali. tambahkan sedikit minyak zaitun di atasnya. Tutup periuk dan masak selama 20-25 minit. Hidangkan Imam Bayıldı pada suhu bilik atau selepas sejuk. selamat makan ...

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Imam Bayıldı’’, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 

 

                 



Berita Terkait