Pelancongan di Turki (Gunung Nemrut)

Gunung Nemrut, yang terdapat pada senarai Warisan Budaya Dunia UNESCO, boleh dicapai melalui daerah Kahta, Adıyaman.

Pelancongan di Turki (Gunung Nemrut)
Gunung Nemrut di Turki
Gunung Nemrut di Turki

 

 

Gunung Nemrut di Turki

 

Di mana di bumi ini tempat terindah dimana kita boleh matahari terbit? Terdapat banyak jawapan untuk soalan ini. Salah satu daripada jawapan-jawapan atas soalan ini adalah Gunung Nemrut di tenggara Turki. Gunung Nemrut yang mempunyai ketinggian 2150 meter, menawarkan para pengunjungnya pesta visual yang hebat semasa matahari terbit.

Tentu sahaja ini bukan satu-satunya keistimewaan Gunung Nemrut…..Di puncaknya, patung-patung megah dari zaman Kerajaan Commagene menyambut anda dan orang-orang yang melihatnya terkagum bagaimana mereka dibina di atas gunung ini atau bagaimana mereka dibawa ke sini.

Di puncak Gunung Nemrut, terdapat bukit pemakaman dan di sisi timur dan barat bukit pemakaman ini terdapat patung-patung besar serta artifak-artifak dari pelbagai relief. Sebagai hasil kajian yang mengambil masa lama, apabila tulisan Yunani telah diselesaikan, ia telah mendedahkan bahawa karya-karya ini adalah milik tamadun Commagene dan dibina oleh Raja Antiokhus Pertama.

Kerajaan Commagene, yang diasaskan di tenggara Anatolia sebagai kerajaan merdeka pada tahun 109 S.M. menyatukan masyarakat yang mempunyai agama dan budaya yang berbeza. Raja-Raja telah membina kuil-kuil ke pelbagai bahagian negaranya, kerana percaya ia akan memperkuat ikatannya dengan para dewa dan dengan demikian kehidupan rakyatnya akan menjadi damai sejahtera. Artefak-artefak di Gunung Nemrut adalah salah satu daripada mereka.

Makam yang dibuat oleh Raja Antiochus I, untuk menunjukkan rasa terima kasihnya kepada para dewa dan nenek moyangnya, merupakan salah satu reruntuhan zaman Helenistik yang paling megah dengan prasasti-prasasti dan patung-patung monumentalnya...

Gunung Nemrut, yang terdapat pada senarai Warisan Budaya Dunia UNESCO, boleh dicapai melalui daerah Kahta, Adıyaman.

Terdapat banyak artifak sejarah lain yang boleh dilihat apabila anda pergi ke rantau ini. Kami mengesyorkan agar anda tidak meninggalkan rantau ini tanpa melawat Bukit Pemakaman Karakuş (Karakuş Tumulus), Yenikale, Jambatan Cendere dan  Runtuhan Arsameia (Arsameia Ören Yeri).

Cadangan kami lainnya ialah, di Kahta, anda boleh makan ikan tasik segar di tepi tasik dam, mencicipi masakan tempatan, dan melihat permadani yang berwarna-warni yang ditenun di kawasan itu…..

Gunung Nemrut sedang menunggu anda dengan semua misterinya...

 

 



Berita Terkait