Pelancongan di Turki (Cappadocia)

Cappadocia adalah salah satu kawasan pelancongan paling penting di Turki…

Pelancongan di Turki (Cappadocia)

 

Cappadocia adalah salah satu kawasan pelancongan paling penting di Turki…

Göreme, Ürgüp, Uçhisar, Avanos, Derinkuyu, Kaymaklı, Ihlara dan persekitarannya di Anatolia tengah, merupakan daerah-daerah pelancongan yang unik di Wilayah Cappadocia.

Pondasi-pondasi Cappadocia, di mana kecantikan semula jadi dan sejarah terjalin, telah terbentuk beribu-ribu tahun yang lalu dengan semburan-semburan lava apabila gunung-gunung di Anatolia Tengah masih aktif. Lava yang mengalir membentuk sebuah lapisan tuff dengan kepadatan yang berbeza di rantau itu. Hujan, banjir dan angin sepanjang beribu-ribu tahun, mengikis lapisan tuff ini dan keajaiban semula jadi yang disebut ''Peribacaları'' atau yang bererti cerobong peri terbentuk di rantau ini.

 

Sepanjang sejarah, Cappadocia telah menjadi rumah kepada orang-orang Asyur, Hittites dan Persia. Untuk tempoh masa, ia dikuasai oleh Empayar Rom. Adalah mungkin untuk melihat jejak semua tamadun ini di rantau ini serta kerja-kerja Empayar Seljuk dan Uthmaniyyah.

 

Di Taman Nasional Göreme, yang terdapat dalam senarai warisan kebudayaan dan semulajadi UNESCO, selain cerobong -cerobong peri yang indah, anda juga boleh melihat penempatan dan gereja-gereja orang Kristian yang berlindung di rantau ini.

Tempat-tempat yang boleh dilawat di Cappadocia diantaranya adalah lembah-lembah dengan keindahan yang unik, bandar bawah tanah, benteng-benteng, gereja-gereja, masjid-masjid,  dan lokakarya pembuatan mangkuk yang mengagum

 

Kami cadangkan anda untuk menambahkan Cappadocia ke panduan perjalanan anda untuk mendalami sejarah, berjalan di lembah-lembah yang penuh dengan cerobong peri, untuk mengikuti jejak masa lalu dan untuk membuat anda terpesona.

 

Sekiranya anda ingin mempunyai pengalaman yang tidak terlupakan, kami mengesyorkan anda menyertai tour belon yang memberi kesempatan kepada anda untuk melihat rantau ini dari udara.

 

Kami mengesyorkan supaya anda tidak meninggalkan Cappadocia sebelum mencicipi Testi Kebab, Çömlek Kebab, Gül Böreği, sup Düğün Çorbası dan dessert Aside.

 

 

 



Berita Terkait