Turki Kutuk Keras Serangan Pengganas di Kabul dan Ghazni

12 orang terbunuh dan 179 cedera dalam serangan ke atas gedung Presidensi Perisikan Negara di wilayah Ghazni di Afghanistan dengan kenderaan bermuatan bom.

1231968
Turki Kutuk Keras Serangan Pengganas di Kabul dan Ghazni

 

Turki mengutuk serangan-serangan pengganas yang berlaku di wilayah Kabul dan Ghazni di Afghanistan, juga menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Afghanistan.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Kementerian Luar Negeri, dinyatakan bahawa Turki akan terus  berpihak kepada Afghanistan dalam memerangi keganasan.

Kementrian Luar Turki menyatakan bahawa Turki sangat berduka atas kematian dan kecederaan orang ramai dalam serangan-serangan pengganas yang berlaku di Kabul dan Ghazni, yang berlaku dalam tempoh di mana rundingan parti-parti yang berkaitan dipergiatkan untuk penubuhan keamanan di Afghanistan.

"Kami mengutuk keras tindakan-tindakan keganasan yang juga telah membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah di sekolah dan mengucapkan takziah kepada saudara kami rakyat Afghanistan." Kata kenyataan itu.

12 orang terbunuh dan 179 cedera dalam serangan ke atas gedung Presidensi Perisikan Negara di wilayah Ghazni di Afghanistan dengan kenderaan bermuatan bom.

Sedangkan di ibukota Kabul, seorang pendakwa terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas dua pendakwa.

 



Berita Terkait