Resipi Masakan Turki (Erişteli Yeşil Mercimek Çorbası)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Erişteli Yeşil Mercimek Çorbası)

 

Hari ini kami berada di sini sekali lagi untuk menawarkan citarasa khas masakan Turki. Pada program kami kali ini, kami akan berkongsi resipi sup dengan anda; ‘’Erişteli Yeşil Mercimek Çorbası’’ atau Sup Lentil Hijau dengan Mie. Walaupun ia diberi nama sup namun sup ini sangat mengenyangkan dan bervitamin, ia juga boleh dimakan sebagai makanan utama. Erişteli yeşil mercimek çorbası yang merupakan perpaduan lentil hijau yang kaya protein dengan mie buatan rumahan, adalah sebuah masakan yang sangatlah lazat dan mudah untuk menyediakannya.

 

Mari kita sediakan bahan-bahan untuk membuat Erişteli yeşil mercimek çorbası.

1 cawan lentil hijau

1/2 cawan mie (mie telur buatan rumahan)

1 sudu mentega

4 cawan air

1 cawan air rebusan daging atau ayam

4-5 cawan air

1/2 bawang

1/3 sudu teh pudina kering

1 sudu garam

1/3 sudu teh cili kering

1 sudu besar pes tomato

 

Untuk memasak Erişteli yeşil mercimek çorbası, pertama basuh lentil hijau dengan teliti dan rebus dengan air selama 5-6 minit. Tapiskan air rebusannya. Potong kotak-kotak kecil bawang. Cairkan mentega dan tumis bawang dengan mentega. Masukkan pes tomato dan tumis bersama bawang selama 2-3 minit. Kemudian tambah lentil hijau rebus dan masak bersama selama beberapa minit. Perlahan-lahan tambahkan air kaldu ayam dan air ke tumisan lentil. Tambah garam dan rempah lain biarkan mendidih. Terakhir masukkan mie ke campuran lentil yang mendidih. Jika tidak ada mie, anda juga boleh menggunakan makaroni. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda untuk memilih jenis makaroni yang kecil dan pantas masak. Apabila mie atau makaroni telah  dan lembut, sup anda sudah siap. Anda juga boleh menghidangkannya dengan menambah pudina kering, yang telah ditumis dengan mentega. Selamat menikmati!

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Erişteli yeşil mercimek çorbası'', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 

 



Berita Terkait