Operasi Memberantas Keganasan di Utara Iraq, Turki Neutralkan 4 Pengganas Ahli PKK

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan Nasional Turki, dengan berkoordinat dengan Operasi Pencakaran (Pençe), operasi udara telah dianjurkan ke wilayah Zap dan Gara di utara Iraq.

1231938
Operasi Memberantas Keganasan di Utara Iraq, Turki Neutralkan 4 Pengganas Ahli PKK

 

Dalam operasi-operasi udara yang dianjurkan ke wilayah-wilayah Zap dan Gara di utara Iraq, 4 pengganas ahli organisasi pengganas separatis PKK telah dineutralkan.

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan Nasional Turki, dengan berkoordinat dengan Operasi Pencakaran (Pençe), operasi udara telah dianjurkan ke wilayah Zap dan Gara di utara Iraq.

Dalam operasi-operasi itu, kedudukan senjata, tempat tinggal dan tempat perlindungan yang digunakan oleh organisasi pengganas separatis PKK telah dimusnahkan dan 4 lagi pengganas telah dineutralkan.

Selain itu, salah satu daripada dua pengganas yang dineutralkan di Şırnak semalam, adalah M. Şirin Arslan, salah satu pengurus Gabar yang termasuk pada kategori abu-abu dalam senarai pengganas yang dicari kerana keganasan.

 

 



Berita Terkait