Satu Tentera Turki Gugur dalam Pertempuran dengan Pengganas PKK

Menurut maklmat daripada sumber-sumber keselamatan, telah dilancarkan operasi dengan sokongan udara ke atas ahli-ahli organisasi pengganas PKK di pedalaman Akmeşe di daerah Eruh.

1229927
Satu Tentera Turki Gugur dalam Pertempuran dengan Pengganas PKK

 

Seorang tentera Turki gugur dan satu tentera lainnya cedera dalam operasi ke atas organisasi pengganas separatis PKK di pedalaman daerah Eruh di bandar Siirt, Turki.

Menurut maklmat daripada sumber-sumber keselamatan, telah dilancarkan operasi dengan sokongan udara ke atas ahli-ahli organisasi pengganas PKK di pedalaman Akmeşe di daerah Eruh.

Dalam operasi tersebut dua tentera cedera dalam pertempuran yang berlaku dengan para pengganas.

Salah satu daripada dua tentera yang cedera dan dilarikan ke Hospital Negeri Siirt, meninggal dunia.

Operasi dengan sokongan helikopter ATAK untuk meneutralkan pengganas di rantau ini masih berterusan.

 

 


Tags: #siirt , #PKK , #turki

Berita Terkait