Turki Kutuk Serangan Pengganas di Niger

Tentera Niger memerangi organisasi-organisasi pengganas yang terikat dengan Daesh dan Al-Qaeda di barat negara.

1229257
Turki Kutuk Serangan Pengganas di Niger

 

Turki mengutuk serangan pengganas yang dianjurkan ke atas pasukan tentera di bandar Inates di sempadan Mali, Niger.

Dalam satu kenyataan bertulis, Kementrian Luar Turki menyatakan bahawa Turki sangat berduka atas serangan berani mati yang dianjurkan ke atas pasukan tentera di Inates, yang terletak di wilayah Tillaberi di barat Niger, yang telah mengakibatkan sejumlah besar orang terbunuh.

"Kami mengutuk tindakan keganasan ini, kami sampaikan ucapan takziah kepada saudara kami rakyat dan kerajaan Niger, kami memohon rahmat Allah bagi mereka yang kehilangan nyawa." Kata kenyataan itu.

Para pengganas yang meletakkan bom berhampiran markas tentera di sempadan Mali di Niger, telah memusnahkan dua kenderaan dan menembaki para tentera.

Dalam peristiwa itu 18 tentera terbunuh dan 4 tentera lainnya belum diketahui keberadaannya.

Pada bulan Mei, pengganas menyerang 52 pasukan peronda di Tongo-Tongo di wilayah Tillaberi, beberapa kilometer dari sempadan Mali, dan 29 askar kehilangan nyawa mereka.

Tentera Niger memerangi organisasi-organisasi pengganas yang terikat dengan Daesh dan Al-Qaeda di barat negara.

Selain itu, Perancis mempunyai lebih daripada 4000 tentera atas nama memerangi keganasan di rantau ini.

 

 



Berita Terkait