Turki Mengutuk Keras Percubaan Rampasan Kuasa di Ethiopia

Pejabat perdana menteri mengumumkan bahawa di provinsi Amhara di utara negara itu, petang semalam sebuah kumpulan bersenjata cuba menggulingkan kerajaan tempatan dengan rampasan kuasa dan upaya tersebut telah dihentikan.

Turki Mengutuk Keras Percubaan Rampasan Kuasa di Ethiopia

 

Turki mengutuk keras percubaan rampasan kuasa yang dilakukan terhadap Kerajaan Serantau Amhara di Ethiopia dan telah mengakibatkan Presiden Kerajaan Amhara serta pegawai-pegawai kanan terbunuh.

‘’Kami mengutuk keras percubaan rampasan kuasa yang dilakukan ke atas Kerajaan Serantau Amhara di Ethiopia dan telah mengakibatkan Presiden Kerajaan Amhara serta pegawai-pegawai kanan terbunuh.’’ Kata satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Turki.

Kenyataan itu berkata bahawa Turki sangat berduka atas terbunuhnya Ketua Staf Tentera Ethiopia akibat ditembak di rumahnya di Addis Ababa, dan Turki menyampaikan takziah kepada rakyat dan kerajaan Ethiopia.

‘’Sekali lagi kami menyatakan bahawa Turki menentang seluruh upaya haram untuk mengubah kerajaan yang terpilih, Kami menyokong kuat Ethiopia dalam menghadapi percubaan rampasan kuasa berkenaan.’’ Kata kenyataan itu.

Pejabat perdana menteri mengumumkan bahawa di provinsi Amhara di utara negara itu, petang semalam sebuah kumpulan bersenjata cuba menggulingkan kerajaan tempatan dengan rampasan kuasa dan upaya tersebut telah dihentikan.

Semasa percubaan rampasan kuasa, Ketua Staf Tentera Seare Mekonnen dan Presiden Kerajaan Amhara Ambachew Mekonnen dilaporkan telah dibunuh.

 

 



Berita Terkait