Turki Bimbang atas Keputusan Moldova yang Akan Pindahkan Kedutaan ke Yerusalem

Pada hari Selasa, Perdana Menteri Moldova, Pavel Filip, mengumumkan keputusan negaranya untuk memindahkan Kedutaan Tel Aviv ke Yerusalem.

Turki Bimbang atas Keputusan Moldova yang Akan Pindahkan Kedutaan ke Yerusalem

 

Turki menyatakan kebimbangannya atas keputusan Moldova untuk memindahkan Kedutaannya dari Tel Aviv ke Yerusalem.

‘’Kami sangat bimbang atas keputusan Moldova yang akan memindahkan kedutaannya di Israel ke Yerusalem. Kami sangat menyesali penyalahgunaan undang-undang antarabangsa dengan pertimbangan (pemikiran) dasar dalaman mengenai isu status Yerusalem, yang merupakan kunci untuk memastikan penyelesaian masalah Palestin yang adil dan berkekalan.’’ Kata kenyataan bertulis dari Kementrian Luar Turki.

Dalam kenyataan itu Turki juga menggesa komuniti antarabangsa untuk mematuhi keputusan PBB mengenai Yerusalem dan menghormati status sejarah dan undang-undang Kota Yerusalem, serta mengelakkan langkah-langkah tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan kestabilan rantau ini.

Pada hari Selasa, Perdana Menteri Moldova, Pavel Filip, mengumumkan keputusan negaranya untuk memindahkan Kedutaan Tel Aviv ke Yerusalem. Sedangkan Kementerian Luar Palestin mengutuk keputusan Moldova dalam satu kenyataan bertulis.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga mengecam kenyataan Moldova untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Yerusalem dan menyeru negara ini untuk merubah keputusannya ini.

 



Berita Terkait