Dua Tentera Turki Tewas dalam Pertempuran dengan PKK

Operasi ke atas pengganas di rantau itu masih berterusan.

Dua Tentera Turki Tewas dalam Pertempuran dengan PKK

 

Di kawasan luar bandar Tunceli, 2 daripada 4 tentera yang cedera dalam pertempuran dengan pengganas, telah meninggal dunia.

Mengikut maklumat yang diterima dari sumber keselamatan, pasukan keselamatan yang terus menganjurkan operasi ke atas pengganas ahli organisasi pengganas di pedalaman Tunceli, bertempur dengan sebuah kumpulan pengganas pada waktu malam.

Dalam pertempuran itu empat tentera cedera.

Sedangkan dalam operasi yang dianjurkan dengan sokongan udara di kawasan Gunung Tendürek di Van, empat pengganas PKK telah dineutralkan.

Kementrian Dalam Negeri Turki membuat satu kenyataan bertulis yang menyatakan bahawa di wilayah Gunung Tendürek di Çaldıran, bandar Van, empat pengganas telah dineutralkan dalam operasi yang dianjurkan oleh Komando Gendarmerie Wilayah.

Dua daripada empat tentera yang cedera, yang dibawa ke Hospital Negeri Tunceli oleh helikopter tentera, meninggal dunia.

Operasi ke atas pengganas di rantau itu masih berterusan.

 

 


Tags: PKK , tunceli , van , turki

Berita Terkait