Resipi Masakan Turki (Sulu Köfte)

Hari ini kami akan memberi anda resipi ‘’Sulu Köfte’’ atau Bebola Berkuah.

Resipi Masakan Turki (Sulu Köfte)

 

Salah satu daripada citarasa hidangan Turki yang terpenting adalah ‘’Köfte’’ atau boleh kita ertikan sebagai ‘’Meatball atau bebola daging’’. Köfte yang merupakan masakan yang terbuat dari daging kisar yang dicampur dengan rempah-rempah, di Turki terdapat sekurang-kurangnya 300 jenis. Hampir setiap rantau mempunyai jenis köfte yang khas, terkadang juga mereka mempunyai nama tersendiri untuk makanan ini. Dalam program sebelumnya kami telah memberikan kepada anda resipi Köfte yang klasik. Sedangkan hari ini kami akan memberi anda resipi ‘’Sulu Köfte’’ atau Bebola Berkuah. Sulu Köfte adalah salah satu hidangan lazzat di Anatolia, masakan ini boleh dimasak di rumah-rumah tetapi anda juga boleh menjumpainya di restoran-restoran. Jika anda sudah bersedia sekarang, kita boleh lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

300 gram daging kisar

1 bawang besar potong kecil kecil

1-2 ulas bawang putih, haluskan

1 gelas teh bulgur yang halus

1 sudu teh garam,

¼ ½ sudu teh lada hitam,

¼ sudu teh jintan,

¼ sudu cabai merah bubuk

2 buah kentang, potong-potong

2 sudu tepung

2 sudu pes tomato

 

Tiba masanya kita memasak Sulu Köfte. Campurkan daging kisar, bulgur, bawang putih halus, rempah-rempah dan garam, dan uli dengan teliti. Istirahatkan adonan daging tersebut selama 15 minit. Kemudian buat bulatan kecil-kecil. Taburkan tepung ke atas dulang yang besar. Letakkan bulatan-bulatan daging di dulang, kemudian goncang dulang sehingga semua bulatan daging terbalut tepung. Kemudian dalam periuk yang besar, tumis hirisan bawang dalam minyak selama 3 hingga 4 minit. Jika bawang telah layu, masukkan pes tomato, garam dan kentang yang telah dipotong kotak-kotak dan tumis selama 2 minit lagi. Kemudian, tambahkan air panas ke dalam periuk dan masak selama 10 minit sehingga kentang lembut. Tambahkan bulatan-bulatan daging ke periuk selagi kentang separuh masak. Tutup periuk, kecilkan api dan masak lagi selama kira-kira 15 minit. Anda boleh menghidangkan makanan yang telah masak ini dengan memercik oregano kering atau pudina kering. Selamat Menikmati ...

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Sulu Köfte '', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.



Berita Terkait