Turkish Airlines akan Melakukan 14.311 Penerbangan Selama Cuti Hari Raya

Pengerusi Lembaga Pengarah Turkish Airlines (THY), İlker Aycı, menyatakan bahawa selama Hari Raya mereka akan melakukan 14 ribu 311 penerbangan.

Aycı berkata bahawa Turkish Airlines akan membawa kira-kira 2 juta penumpang dalam penerbangan-penerbangan ini.

"Setakat 2 Jun, kami mempunyai satu lagi kebanggaan pada minggu ke-7 kami di Lapangan Terbang Istanbul. Kami telah memecahkan rekod di sini dengan melakukan 501 lepas landas. Semalam kami melakukan penerbangan dengan kepenuhan 85 peratus." Kata İlker Aycı.

Mengenai masalah-masalah teknikal pada pesawat-pesawat jenis Boeing 737-Max dan pesawat-pesawat jenis berkenaan yang ada di armada, Aycı berkata:

"Pasukan kami akan melakukan yang terbaik untuk menerbangkan pesawat itu sehingga Ogos. Selepas mendapat kelulusan dari pihak berkuasa yang berkaitan, kami juga akan menerbangkan pesawat-pesawat kami bersama-sama dengan semua pesawat di dunia," katanya.

Berita Terkait