Resipi Masakan Turki (Tas Kebabı)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Tas Kebabı)

 

Hari ini, nama makanan yang resipinya akan kami  kongsi dengan anda adalah ‘’Tas Kebab’’. Bermula dari zaman dahulu, masakan ini juga adalah salah satu hidangan masakan Uthmaniyyah yang paling popular. Dalam Bahasa Turki, Tas bererti mangkuk. Diriwayatkan bahawa nama masakan ini adalah tas (mangkuk) kebab kerana pada zaman dahulu ia dimasak di mangkuk-mangkuk tembaga. Walaupun masih ada restoran yang memasak Tas Kebab ini dengan cara lama, namun di rumah-rumah ia dimasak dengan menggunakan periuk keluli atau tebal.  Tas Kebab, yang merupakan masakan yang sangat praktikal, boleh dihidangkan secara bersendirian atau dengan pendamping mashed potatoes atau nasi. Sekarang, jika anda sudah bersedia, kami boleh memberi ke resipi makanan ini.

 

Untuk memasak Tas Kebab, mari kita sediakan bahan-bahannya;

Setengah kilo daging domba

1 sudu besar minyak

2 sudu mentega

1 bawang di cincang kecil kecil

1 lobak merah potong besar-besar

3 kentang potong besar

4 ulas bawang putih

2 sudu teh tomato pes

3 cawan air panas

½ sudu teh garam

  lada hitam

 

Untuk memasak Tas kebab, letakkan minyak di dalam periuk, tambah mentega dan letakkan daging di dalam periuk. Masak daging dengan api sederhana sehingga air daging habis. Kemudian tambahkan bawang dan terus masak. Selepas beberapa minit, tambahkan bawang putih. Apabila bawang dan bawang putih telah lembut, masukkan pes tomato dan aduk rata. Kemudian tuangkan air panas ke dalam periuk. Terakhir, tambahkan potongan kentang dan wortel. Tambah lada hitam dan garam. Tutup tudung periuk dan masak dengan api kecil selama sekurang-kurangnya 30 minit sehingga dagingnya lembut.

   Selamat Menikmati…

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Tas Kebabı '', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.



Berita Terkait