Resipi Masakan Turki (Kabaklı Mücver)

Hari ini kami akan memberikan anda salah satu daripada makanan itu, iaitu ‘’Mücver’’ yang mirip dengan bakwan.

Resipi Masakan Turki (Kabaklı Mücver)

 

Pada program-program sebelumnya kami telah membahas bahawa terdapat banyak resipi masakan Turki yang dimasak tanpa menggunakan daging. Masakan yang biasanya dihidangkan sebagai pelengkap atau hidangan tambahan ini, biasanya dibuat dengan sayuran sebagai bahan utama.

Hari ini kami akan memberikan anda salah satu daripada makanan itu, iaitu ‘’Mücver’’ yang mirip dengan bakwan.

Mücver adalah sebuah makanan yang terbuat dari zucchini, keju, tepung, telur dan perisa, yang kemudian dibentuk dalam kepingan kecil dan digoreng. Ia adalah jenis makanan yang boleh dimakan oleh vegetarian. Mücver yang di Turki biasa dimasak dengan menggunakan zucchini, namun adalah mungkin untuk membuatnya dengan semua jenis sayuran. Hari ini kami akan memberikan anda resipi mücver klasik yang dibuat dengan zucchini, ‘’Kabaklı Mücver’’.

 

Sebelum membuatnya, seperti biasa mari kita sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu

 

4-5 zucchini hijau kecil

3 telur kocok

1/3 cawan pasli cincang

1/3 cawan dill cincang

1 ½ cawan tepung

4-5 batang daun bawang dipotong kecil kecil

1 gelas keju putih dihancurkan

1 sudu garam

1 sudu teh lada

1/2 cawan minyak zaitun, untuk menggoreng

 

Untuk Sos Yogurt;

1 cawan yogurt

1 ulas bawang putih

 

Kini tiba masanya kita membuat mücver;

Parut zucchini. Beri garam pada zucchini yang telah diparut dan biarkan selama 10 minit, agar mücver tidak mengandung banyak air. Peras zucchini dan letakkan pada wadah yang besar. Masukkan telur kocok, daun bawang cincang, dill, pasli, garam, lada dan 3 cawan tepung. Campur semua ramuan dengan sudu atau spatula sehingga mereka tercampur satu sama lain. Sementara itu, panaskan minyak goreng. Ambil satu sudu adonan dan goreng dalam minyak panas. Selepas matang, tapis minyak yang berlebihan pada mücver dengan tissue, kemudian letakkan di atas pinggan saji.

Untuk menyediakan sos, campurkan secawan yogurt dengan sekeping bawang putih yang telah dihaluskan. Hidangkan mücver dengan sos yogurt pada suhu bilik atau sejuk.

Selamat menikmati hidangan anda!

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Mücver'', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

 

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.



Berita Terkait