Delegasi EU Anjur Acara Ramadan di Ankara

Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Turki, membuka arena hiburan Ramadan di ibu negara Ankara

Delegasi EU Anjur Acara Ramadan di Ankara

 

Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Turki, membuka arena hiburan Ramadan di ibu negara Ankara dalam skop aktiviti yang dianjurkan dalam rangka Hari Eropah 9 Mei.

Pada acara yang dianjurkan di Uğur Mumcu Park di daerah Çukurambar, selepas berbuka puasa, terdapat hiburan-hiburan dan hidangan-hidangan yang dibagikan secara percuma, pertunjukkan khas Turki (Hacivat-Karagöz), pertunjukkan wayang, sulap, badut, penyihir, akrobat dan lain-lain.

Kanak-kanak yang datang ke arena hiburan Ramadan dengan keluarga mereka, bersenang-senang dalam aktiviti yang sesuai dengan umur mereka seperti pelbagai animasi, aktiviti lukisan wajah dan pertunjukan busa.

Tetamu yang melawat khemah pada waktu malam, dihidangkan hidangan-hidangan seperti gula-gula ayam jago khas Ramadan, sherbet, tampal, gula-gula kapas, jagung, teh dan kopi.

 

 



Berita Terkait