Resipi Masakan Turki (Erikli İncik Yahnisi)

Masakan kita hari ini adalah hidangan yang dimasak sejak zaman itu sehingga hari ini, ''Erikli İncik Yahnisi'', atau ''Daging berkuah yang dimasak bersama buah plum''.

Resipi Masakan Turki (Erikli İncik Yahnisi)

 

Republik Turki adalah pewaris Empayar Uthmaniyyah, salah satu daripada beberapa empayar besar yang memerintah sejak abad ke-14 sehingga abad ke-20. Masakan-masakan Empayar Uthmaniyyah, yang tersebar sehingga ke tiga benua pada abad ke-17, juga begitu besar dan megah seperti halnya kekaisaran itu. Sebagai contoh, dapur Topkapı Palace, yang dibina atas perintah Fatih Sultan Mehmet, luasnya lebih daripada lima ribu meter persegi dan  terdiri daripada lapan bahagian berasingan. Di dapur yang luasnya luar biasa ini, ribuan hidangan yang berbeza dimasak dengan menggunakan bahan-bahan yang berbeza dari seluruh penjuru dunia. Hari ini kita akan berkongsi dengan anda resipi masakan dari istana Uthmaniyyah. Walaupun ia tidak lagi banyak dibuat pada masa kini, daging yang dimasak bersama dengan buah-buahan yang sedang musim adalah kaedah yang sering digunakan semasa zaman Uthmaniyyah.

Masakan kita hari ini adalah hidangan yang dimasak sejak zaman itu sehingga hari ini, ''Erikli İncik Yahnisi'', atau ''Daging berkuah yang dimasak bersama buah plum''. Walaupun ia sangat mudah untuk disediakan, apabila telah masak, ia adalah hidangan yang sangat lazat.

 

Sebelum kita memasak masakan yang sangat lazat dari dapur Uthmaniyyah ini, seperti biasanya mari kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan…

4 shank kambing

7 bawang merah

10 buah plum (biji ditanggalkan)

1 tangkai rosemary

1 batang kayu manis

4 ulas bawang putih

1 hiris epal

 

Kini tiba masanya kita memasak Erikli İncik Yahnisi:

Pertama, masukan minyak masak dan mentega ke dalam periuk dan hidupkan api. Taburkan garam dan lada pada daging. Apabila minyak telah panas, masukan daging-daging ke dalam periuk dan goringkan selama 5 minit untuk setiap sisi. Semasa daging-daging telah tergoring, tambahkan bawang merah, bawang putih, epal, daun rosemary, plum kering dan batang kayu manis. Tambahkan air satu sudu besar. Kecilkan api, tutup periuk dan masak selama satu setengah jam. Jangan lupa untuk periksa air sesekali. Jika air berkurang, masukkan lagi air beberapa sudu. Letakkan daging yang telah masak ke atas pinggan, Hidangkan dengan rosemary segar dan plum yang telah masak. Selamat Menikmati!

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Erikli İncik Yahnisi '', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 

 

 



Berita Terkait