Pelancongan di Turki (Aphrodisias)

Dengan struktur bangunan-bangunannya Bandar purba Aphrodisias adalah salah satu tapak arkeologi yang paling penting di Anatolia.

Pelancongan di Turki (Aphrodisias)

 

Sebuah bandar kuno yang dinamakan sempena Aphrodite, dewi cinta dan kecantikan: bandar kuno Aphrodisias.

Ia telah dilindungi oleh Kaisar Romawi Augustus pada abad pertama dengan perkataan ''Di seluruh Asia, saya memilih bandar ini untuk diri sendiri''.

Dengan struktur bangunan-bangunannya Bandar purba Aphrodisias adalah salah satu tapak arkeologi yang paling penting di Anatolia.

Ia terletak di dataran tinggi pada kira-kira 600 meter di atas paras laut, di wilayah Karacasu di daerah Aydın, Kawasan Aegean Turki. Sepanjang sejarah, bandar ini telah menelan keistimewaan semula jadi geografi yang ada di dalamnya, sedangkan sumber kekayaan terbesar di bandar adalah kuari marmar yang berada berhampiran dengannya.

Aphrodisias yang tarikh penyelesaiannya bermula pada tahun 5000-an SM, pada abad ke-2 SM, bandar ini memperoleh status negeri. Selepas mendapat perlindungan dari Kaisar Rom Augustus, keistimewaan seperti pengecualian cukai dan autonomi mula berkembang pesat. Kemudian ia menjadi ibu negara wilayah Caria. Kerana masalah politik, agama dan ekonomi pada zaman Byzantine, ia telah mula kehilangan kepentingannya. Selepas gempa bumi yang berlaku pada abad ke-7, ia tidak dibina semula; seiring masa, Aphrodisias, yang berubah menjadi sebuah daerah kecil, telah ditinggalkan sepenuhnya pada abad kedua belas.

 

Bangunan-bangunan marmer, patung-patung, relief dan inskripsi yang terdapat di Aphrodisias masih terlindungi sehingga hari ini, dan telah meningkatkan kepentingan bandar purba dari sudut pandang arkeologi.

Kekayaan kuari marmar di dekat bandar menjadikannya pusat yang berkualiti tinggi dalam bidang arca. Terutamanya antara abad pertama dan ketiga, sekolah arca di bandar telah mendapat kemasyhuran; Puluhan pemahat, yang terkenal di sekitar Mediterranean dan telah membuat banyak karya penting, dibesarkan di bandar ini. Kepimpinan dalam bidang arca ini secara beransur-ansur memunculkan pusat pengajian bernama "Afrodisias Style''.

 

Kuil Aphrodite, yang merupakan bangunan Aphrodisias yang paling penting, salah satu pusat seni bina, pusat seni dan agama terkemuka zaman purba, dibina kali pertama oleh orang-orang Asyur untuk dewi cinta dan keindahan, Ishtar. Ia dibina semula dengan nama Aphrodite oleh orang-orang Rom pada abad ke-1.

 

 

Kuil Aphrodite, pada akhir abad kelima, kerena bandar itu didominasi oleh Kekristenan, ia diubah menjadi sebuah gereja besar dan jejak kuil lama telah dihapuskan sepenuhnya.

 

Kuil Sebasteion, Pemandian (Hamam) Hadrian, sebuah bangunan yang digunakan untuk sukan dan pendidikan, kolam yang dibuat untuk kawalan air; adalah bangunan-bangunan penting bandar yang dihiasi dengan relief dan patung.

Di Agora berkapasiti 8 ribu orang yang diguanakan sebagai tempat perhimpunan dan pasar, terdapar senarai harga yang ditulis di atas marmar dan dipasang pada dinding oleh kaisar Romawi Diokletianus. Senarai ini, dianggap sebagai penemuan paling penting yang menunjukkan ekonomi bandar.

 

Stadium Aphrodisias dikenali sebagai salah satu stadium yang paling dipelihara dengan baik di dunia purba; dan mempunyai kapasiti 30 ribu penonton.... Sedangkan teater kuno merupakan pentas tiga tingkat tertua Anatolia.

Walaupun bandar ini dibina beratus-ratus tahun yang lalu, namun pintu gerbang monumental, seni bina dan ukiran marmarnya membuat kagum mereka yang melihatnya.

Bandar purba Aphrodisias bersama kuari marmar purba yang ada di rantau ini, telah didaftarkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2017.

Jika anda pergi ke Aydin untuk melihat aphrodisias, kami mengesyorkan anda juga untuk mengunjungi kuil Apollo di Didim, mandi di laut indah Didim, dan mencicipi hidangan masakan-masakan  khas rantau Aegean dengan minyak zaitun yang lazat.

 



Berita Terkait