Lawatan Menteri Luar Iran ke Turki

Zarif yang mengadakan lawatan rasmi ke Turki, membuat kenyataan kepada media kerajaan Iran di Esenboga Airport, Ankara.

Lawatan Menteri Luar Iran ke Turki

 

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, berkata mereka mahu menyelesaikan masalah di Syria dengan rundingan antara negara-negara di rantau ini.

Zarif yang mengadakan lawatan rasmi ke Turki, membuat kenyataan kepada media kerajaan Iran di Esenboga Airport, Ankara.

Zarif menyampaikan bahawa mereka akan membincangkan hubungan dua hala dengan pihak berkuasa Turki dan mereka akan membincangkan isu-isu serantau di Ankara serta perkembangan di utara Afrika.

"Kami mempunyai dialog yang sangat baik dengan Turki," kata Zarif, beliau juga menyatakan bahawa Menteri-Menteri Luar bertugas untuk memantau keputusan para Presiden dalam isu politik dan ekonomi antara kedua-dua negara dan semasa lawatan ini mereka akan mengevaluasi isu ini.

Zarif mengingatkan bahawa ini adalah lawatan kali kedua ke Turki dalam tempoh sebulan, sedangkan mengenai perkembangan di Syria,

"Kami mahu masalah di Syria dapat diselesaikan melalui perundingan antara negara-negara di rantau ini. Kami berharap dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah serantau." Katanya.

Mengenai pertemuan-pertemuannya di Syria semalam, Menteri Luar Iran, Zarif, berkata;

‘’Kami telah membuat perundingan yang efisien mengenai Timur Sungai Eufrat dan Idlib, yang sangat membimbangkan, serta pengusiran pasukan tentera asing di Syria’’.

 

 

 

 



Berita Terkait