Wakil Khas AS untuk Syria: ''AS Mengerti Kebimbangan Turki Terkait YPG''

Jeffrey memberi ucapan pada Persidangan Tahunan Bersama ke-37 yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Turki-Amerika Syarikat (TAIK) dan Majlis Amerika-Turki (ATC).

Wakil Khas AS untuk Syria: ''AS Mengerti Kebimbangan Turki Terkait YPG''

 

Wakil Khas Amerika Syarikat (AS) untuk Syria, James Jeffrey, menyatakan bahawa Turki mempunyai kebimbangan keselamatan penting,

''Kami dan Turki sedang berunding mengenai sebuah kawasan selamat dimana YPG (cawangan organisasi pengganas separatis PKK) tidak akan ada.'' katanya.

Jeffrey memberi ucapan pada Persidangan Tahunan Bersama ke-37 yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Turki-Amerika Syarikat (TAIK) dan Majlis Amerika-Turki (ATC).

Jeffrey berkata, "Turki dan Amerika Syarikat pada masa lalu dan kini mempunyai perkongsian geo-strategik yang sangat penting.’’

Sambil menegaskan krisis di Syria adalah sangat rumit, Jeffrey berkata Turki mempunyai kepentingan tersendiri dari segi pencapaian misi AS di Syria.

Jeffrey berkata terdapat banyak pekerjaan yang perlu dilakukan untuk proses politik di Syria,

"Rejim Assad, harus meninggalkan senjata kimia dan nuklear. Syria, tidak seharusnya menjadi tempat perlindungan bagi para pengganas, dan rakyat Iran yang berada di sini mesti pulang ke rumah mereka sendiri." Ungkapnya.

Jeffret berkata, ''Kami sedang berunding dengan Turki mengenai zon selamat yang mana kita belum bersetuju sepenuhnya. Turki mempunyai kebimbangan keselamatan yang sangat penting. AS juga mengerti kebimbangan Turki mengenai YPG/PKK dimana kita bersama-sama memerangi Daesh. Kami juga sedang merundingkan sebuah zon selamat tanpa keberadaan YPG.''

 

 


Tags: PKK , YPG , turki , syria , AS , james jeffrey

Berita Terkait