Turki Kutuk Serangan di Iran

Organisasi ‘’Jaish ul-Adl’’ mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Turki Kutuk Serangan di Iran

 

Turki mengutuk keras serangan berani mati di Iran yang mensasarkan bas yang membawa para pengawal sempadan Tentera Pengawal Revolusi.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementrian Luar Turki, menyatakan bahawa Turki sangat berduka atas serangan berani mati di Iran yang mensasarkan bas yang membawa kakitangan Tentera Pengawal Revolusi, yang telah menewaskan dan mencederakan ramai orang.

‘’Kami sangat mengutuk serangan pengganas yang ganas ini. Kami mengharap rahmat Allah bagi mereka yang kehilangan nyawa, dan kami harap pemulihan segera bagi mereka yang cedera. Kami menyampaikan takziah yang mendalam kepada rakyat dan kerajaan Iran.’’ Kata kenyataan itu.

Di wilayah Sistan-Beluchistan di tenggara Iran, semalam 27 tentera maut dan 13 tentera cedera dalam serangan pengganas yang mensasarkan bas bermuatan kakitangan Tentera Pengawal Revolusi.

Organisasi ‘’Jaish ul-Adl’’ mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

 

 



Berita Terkait