Penerbangan Perdana Bayraktar TB2

Bayraktar TB2 dijangka memberikan kekuatan yang signifikan kepada Angkatan Laut dalam misi-misi awam seperti kawalan rantau, lintasan pendatang dan pemburuan haram.

1108241
Penerbangan Perdana Bayraktar TB2

 

Kenderaan udara tanpa pemandu jenis "Bayraktar TB2", telah melakukan penerbangan perdana untuk Tentera Laut.

Bayraktar TB2 yang berlepas dari Lapangan Terbang Çanakkale milik Tentera Laut, telah melakukan misi pertamanya di rantau ini.

‘’Kenderaan-kenderaan udara bersenjata tanpa pemandu, Bayraktar TB2, milik Tentera Laut Turki mula bertugas, ia telah berlepas dan melakukan pendaratan perdana.’’ Kata Pengurus Teknikal Mesin Baykar, Selçuk Bayraktar, dalam satu kenyataan melalui akaun media sosialnya.

Pesawat tak berawak yang pertama digunakan di Tentera Laut Turki, telah dilakukan oleh ANKA-B yang terbang dari daerah Dalaman, Muğla.

Penerbangan-penerbangan ini membuat cemas Angkatan Udara Yunani dan pesawat-pesawat pejuang F-16 mereka mengintai ANKA.

Bayraktar TB2 dijangka memberikan kekuatan yang signifikan kepada Angkatan Laut dalam misi-misi awam seperti kawalan rantau, lintasan pendatang dan pemburuan haram.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait