Turki Mengutuk Serangan Pengganas dan akan Terus Menyokong Iraq

Letupan-letupan yang berlaku semalam di pelbagai rantau di Baghdat, telah menewaskan 8 orang dan mencederai 16 orang.

1082245
Turki Mengutuk Serangan Pengganas dan akan Terus Menyokong Iraq

Turki mengutuk serangan pengganas yang berlaku di Iraq semalam, dan melaporkan bahawa ia akan terus menyokong kerajaan Baghdat dalam memerangi keganasan.

‘’Kami mengutuk keras serangan-serangan pengganas yang berlaku di pelbagai daerah di Baghdat, yang telah menyebabkan ramai orang kehilangan nyawa dan cedera,’’ kata kenyataan bertulis daripada Kementrian Luar Turki.

Kenyataan itu menambah,

‘’Kami mengharap rahmat Allah bagi mereka yang kehilangan nyawa, kami ucapkan takziah kepada keluarga mereka dan mengharap kesembuhan segera bagi mereka yang cedera. Turki akan terus menyokong Iraq dalam memerangi segala bentuk keganasan.’’

Letupan-letupan yang berlaku semalam di pelbagai rantau di Baghdat, telah menewaskan 8 orang dan mencederai 16 orang.

 



Berita Terkait