Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 10 Oktober 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Sabah: ‘Presiden Erdoğan pada majlis pembukaan Makam Gül Baba’

Presiden Recep Tayyip Erdoğan, yang berada di Hungary dalam lawatan rasminya, melakukan pembukaan Makam Gül baba di ibunegara Hungary, Budapest. Presiden Erdoğan dalam ucapannya di pembukaan yang juga disertai Perdana Menteri Hungary Viktor Orban, "Gül Baba 477 tahun lalu mencapai bukit dan mati syahid. Meskipun 5 tahun berselang, hal ini belum bisa dilupakan.Gül Baba akan terus menjadi pertanda persahabatan dengan dua negara "katanya.

Akhbar Vatan: "Menteri Perdagangan Pekcan: Syarikat Hungary akan meningkatkan pelaburan mereka di Turki."

Menteri Perdagangan Ruhsar Pekcan, dalam ucapannya di ibu negara Hungary pada pembukaan Forum Perniagaan Turki-Hungary, yang diadakan di Budapest, "syarikat-syarikat Turki kami merancang pelaburan yang besar di Hungary. Syarikat  Hungary juga percaya bahawa mereka akan meningkatkan pelaburan mereka di Turki," katanya. Pekcan menekankan bahawa sebagai hasil dari wawancara kerja yang akan dilakukan  akan menambah perdagangan dan hubungan ekonomi antara kedua negara dengan tahap yang baru.


Akhbar Haber Turk: "Türk Akımı (Stream Turki) akan dapat mengepam gas asli dari kedua-dua garisan pada tahun 2020"

Menteri Tenaga Rusia Aleksandr Novak berkata saluran paip gas Stream Turki boleh dipam ke kedua-dua garisan untuk pasaran Turki dan pasaran Eropah pada Januari 2020. Novak, dalam satu temu bual dengan televisyen Rossiya-24, ia berkata,  "pembinaan Stream Turki adalah berjalan mengikut pelan yang diluluskan. Anda tahu, antara kerajaan Turki-Rusia telah menandatangani perjanjian dan meluluskan pelan peta jalan. Semuanya berjalan mengikut jadual," katanya.

Akhbar Yeni Syafak: " Di Penerbangan THY (Turkish Airlines) akan dapat menonton secara langsung TRT World"

Turkish Airlines (THY) telah memasukkan TRT World, sebuah platform berita antarabangsa yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris di dalam kapal terbang. Presiden Lembaga Pengarah Turkish Airlines dan Jawatankuasa Eksekutif M. İlker Aycı " "Kami bangga menggabungkan 122 negara yang telah kami jalani dengan objektif, pandangan bebas dan alternatif TRT World"ungkapan yang digunakan.
 



Berita Terkait