De Mistura:''Percakapan Erdoğan dan Putin Boleh Menyebabkan Perbezaan Sebelum Kemuncak di Tehran''

Dalam sidang akhbar di Geneva, De Mistura menyeru kepada kedua-dua pemimpin...

1043420
De Mistura:''Percakapan Erdoğan dan Putin Boleh Menyebabkan Perbezaan Sebelum Kemuncak di Tehran''

Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria Staffan de Mistura, meminta Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden Rusia Vladimir Putin, untuk segera mencari formula terhadap keadaan di wilayah Idlib, Syria.

Dalam sidang akhbar di Geneva, De Mistura menyeru kepada kedua-dua pemimpin,

‘’Anda adalah orang-orang yang mampu saling berbicara. Buatlah percakapan melalui telefon, untuk menciptakan formula yang akan membantu dalam mengakhiri tempoh yang seperti mimpi buruk ini. Percakapan telefon diantara anda berdua, akan menyebabkan perbezaan besar bahkan sebelum kemuncak di Tehran pada 7 September.’’ Katanya.

Sementara itu, Jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric, mengumumkan bahawa di wilayah Idlib di barat laut Syria, rejim Bashar al-Assad dan para penyokongnya sedang berjaga-jaga terhadap kemungkinan operasi.

Dalam taklimat harian, Dujarric bercakap mengenai kemungkinan operasi dan serangan-serangan udara yang dianjurkan Rusia kemarin ke Idlib.

Menggarisbawahi bahawa serangan-serangan udara Rusia di Idlib dan Hama telah menyebabkan kematian dan kecederaan serta merosakkan struktur awam seperti sekolah dan pasaran, Dujarric mengatakan,

‘’PBB sekali lagi merasakan kebimbangannya tentang kemerosotan situasi kemanusiaan di Idlib dan akibat yang berpotensi menghancurkan manusia yang disebabkan oleh meningkatnya ketegangan ketenteraan di rantau ini.’’

Dujarric menegaskan bahawa di Idlib terdapat sekitar 3 juta orang awam dan bantuan-bantuan PBB disampaikan melalui Turki, ia juga berkata bahawa mereka memerlukan dana sekitar 311 juta dolar untuk memenuhi keperluan yang akan timbul jika mungkin berlaku operasi di barat laut Syria.

''PBB bersiap siaga untuk Idlib,'' katanya.

 



Berita Terkait