Dalam Sepekan Tentera Turki Neutralkan 24 Pengganas PKK

Dalam operasi-operasi keselamatan dalaman yang dianjurkan pada satu minggu terakhir, 24 pengganas telah dineutralkan.

970487
Dalam Sepekan Tentera Turki Neutralkan 24 Pengganas PKK

Dalam operasi-operasi memberantas keganasan yang dianjurkan antara 7-14 Mei di seluruh Turki, Angkatan Tentera Turki (TSK) telah meneutralkan 24 pengganas ahli organisasi pengganas PKK.

Sebuah kenyataan yang dibuat oleh Kementrian Dalam Negeri berkata bahawa dalam operasi-operasi keselamatan dalaman yang dianjurkan pada satu minggu terakhir, 24 pengganas telah dineutralkan.

Dalam operasi-operasi yang dijalankan di Hakkari, Bitlis, Şırnak, Tunceli, Mardin dan Kahramanmaraş, 7 tempat perlindungan dan tempat tinggal yang digunakan oleh para ahli organisasi pengganas, serta 10 bahan peletup buatan tangan dan ranjau telah dimusnahkan.

Semasa operasi, bilangan besar dadah, rokok ilegal dan bahan bakar telah disita.



Berita Terkait